Friday, December 9, 2011

         Kisah ini berlaku kepada seorang wanita muslim dari Malaysia yang bekerja di US. Gadis ini sangat cantik rupa paras dan bentuk badannya juga sempurna. Tetapi dia sentiasa taat kepada Allah swt, berpakaian sopan, menutup aurat dengan 'sempurna' dan memiliki akhlak yang baik. 

         Pada suatu malam, gadis ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia telah tersilap dengan melalui jalan yang singkat untuk pulang di atas sebab-sebab tertentu. Laluan yang pilih itu pula agak tersorok dan kebetulan, tidak ramai orang yang lalu lalang pada masa itu. 

          Kerana malam yang lewat dan keadaan yang sunyi, laluan itu agak gelap dan keadaannya agak menyeramkan. Ini membuatkan gadis itu agak gelisah dan berasa takut kerana berjalan sendirian. 

          Tiba-tiba gadis itu ternampak ada seorang lelaki kulit putih berbangsa Amerika sedang bersandar di dinding di tepi lorong itu. Gadis itu menjadi semakin takut dan berasa tidak sedap hati. Tetapi, apa yang boleh dilakukan hanyalah berdoa kepada Allah, memohon keselamatan atas dirinya. Gadis itu pun berdoa dan membaca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah swt membantunya di saat itu. 

           Semasa melepasi lelaki yang bersandar itu, dia sempat menoleh dan sempat mengecam wajah lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan gadis itu selamat sampai ke rumahnya. 

            Keesokkan paginya, gadis itu terbaca dalam akhbar tempatan Amerika berkenaan seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali di kawasan yang dilaluinya semalam. Masa kejadian pula hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Seteleh menatap wajah perogol yang dipaparkan, gadis itu yakin bahawa perogol tersebut adalah lelaki kulit putih yang dijumpainya semalam. 

           Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan membuat aduan. Gadis itu dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, pihak polis juga mendapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol bersiri yang amat dikehendaki. 

          Namun, gadis itu berasa amat hairan kerana perogol itu tidak menjadikannya mangsa. Padahal dia keseorangan pada masa itu dan sebaliknya perogol itu memilih perempuan yang lalu selepas dia. Gadis itu ingin sangat mengetahui akan sebabnya. Oleh itu, dia meminta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain. 

Dia pun bertanya kepada perogol itu, "Why don't you do anything to me on that night even though you know that I'm alone ?"
(Mengapa kamu tidak melakukan apa-apa terhadap saya pada malam tersebut sedangkan kamu tahu saya sedang berjalan bersendirian ? )


Perogol tu menjawab, "No, you are not alone ! That night I saw two young man walking with you.
One on your right side and the other one was by your left side.
If you were alone of course you will be my victim."
(Tidak, kamu tidak bersendirian. Malam itu saya nampak dua lelaki muda berjalan bersama kamu. Seorang di sebelah kanan dan seorang lagi di sebelah kiri kamu. Jika bersendirian sudah tentu kamu yang akan menjadi mangsa saya )


Wanita itu berasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Setelah berfikir sejenak, dia pun faham akan apa yang telah terjadi. Dia pun bersyukur ke hadrat Allah, mungkin Allah memeliharanya pada malam itu kerana dia telah berdoa memohon perlindungan daripada Allah swt dan juga kerana berkat bacaan ayat Kursi. 



p/s : Kisah ini disalin semula daripada bahan bacaan dari internet. Allah swt itu Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu.Dia juga boleh memerintahkan malaikat menjaga manusia dalam apa jua cara. Mungkin dua orang lelaki yang bersama wanita pada masa itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk melindunginya.Allah akan membantu sesiapa sahaja hambaNYA yang meminta pertolongan daripadaNya dan yang melaksanakan perintah-Nya.


Antara kelebihan Ayat Kursi ;


-Sesiapa membaca Ayat Kursi dan memohon perlindungan kepada Allah swt, Allah akan  menghantar dua malaikat untuk menjaganya.

-Sesiapa membaca Ayat Kursi semasa meninggalkan rumah, keluarga dan hartanya,
Allah akan menugaskan dua malaikat untuk menjaga rumahnya,keluarganya dan hartanya.

-Sesiapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,
Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

-Sesiapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah memberi pertolongan kepadanya.

Sunday, November 20, 2011

My Desire

Hlovate is my first malaysian author that i admire most! Her writings are very stylo! I started interested with hlovate's novel since I was 12 y/o in Disember 2009. The first hlo's novel that I have read was [tunas].
See, even it's book cover was also coooll! First I was not interested in buying it but my brain said, 'you must take it or else, you will loss,,wana!' hahha.. So, with officially,the [tunas] was purchased by me..hmm.....^_^
The second novel or book that I have read was aA+bB. 3rd, was 5 Tahun 5 Bulan, 4th; Roofop Rant, 5th; Ked's Story in Pelangi book, 6th; Schubert Serenade in Gurindam Jiwa book, 7th; Versus, 8th; Contengan Jalanan. And the book that I like most was ................................................................................................
..............................................................................Schubert Serenade!! Congrats, SS because you make me laugh a lot and cry sometimes...hehe. Ok, here are the book cover image if you wanna know-------->
Actually, there were 9 hlovate's book but I have read 8 of them only because I could'nt find the Geng ABCDE Bercuti ke Arau. :{ 
Okeyh, that's all.
 May God bless~
Thanks for reading ~

Thursday, November 3, 2011

~Happy Hari Raya Haji~


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Saturday, February 26, 2011

Muslimah's Head Cover

Tadi saya cari info psl hijab. Cuma saje2 je... Pastu saya terjumpa info yg kat atas ni. Sebelum ni saya tak tau pun psl burqa, chador sume ni kecuali hijab. So, saya post ni cuma nak share je.. :) sharing is caring kan? hehee...
Ok, tu je yg saya nk share.....hahaha~

Thanks for reading~
May Allah Bless~

Tuesday, February 8, 2011

~Valentine's day tiada dalam Islam~

Sejarah Valentine’s Day tidak ada di dalam Islam. Amalan, budaya dan hasrat perayaan ini mempunyai unsur-unsur Kristian yang bercanggah dengan Islam.
Di dalam Islam tidak ada hari tertentu bagi meraikan kekasih atau kasih sayang. Islam sangat menitikberatkan soal kasih sayang dan setiap hari di dalam Islam adalah hari kasih sayang.
Islam menolak konsep kasih sayang yang terkandung dalam Valentine’s Day kerana unsur-unsur ritual keagamaan yang diamalkannya boleh menggugat akidah Islam.
Hukum Islam jelas dalam hal melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam. Ini berdasarkan sebuah hadith Rasulullah s.a.w.:


من تشبه بقوم فهو منهم     

“Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia termasuk dalam kaum tersebut.”
                                                                                                                                             ( Riwayat Abu Daud)
Rasulullah s.a.w. juga bersabda:


من عمل عملا ليس عليه أمرنا فهو مردود

“Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada amalan kami maka ia akan ditolak.”
                                                                                                                                       (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Kebanyakan golongan remaja Islam hari meraikan Valentine’s Day dengan perbuatan- perbuatan yang dilarang oleh Islam. Gejala seperti ini sekiranya tidak dibendung akan merosakkan generasi umat Islam akan datang.